 |
Applikasi yang sgt bagus untuk cuaca, Instaweatherpro untuk Android
|
Salam bahagia...semua teman dan sahabat complain keadaan cuaca di sini sejak kebelakangan ini yang agak panas:=)..
Merujuk kepada gambar di atas mmg panas dengan suhu purata 33 darjah selsius...serius mmg panas.
Namun demikian hakikatnya sesiapa yang belajar geografi masa sekolah menengah dulu..Malaysia terletak di atau berhampiran Garisan Khatulustiwa...Maknanya apa yek...iklim negara kita panas dan lembap sepanjang tahun..kalau tak panas hujan dan begitulah sebaliknya..mustahil ada musim dingin/salji di sini kecuali di I City Snow...huhuhu...tak pasal pasal aku iklan I City...hakikatnya aku tak masuk lagipun Snow Place tu...
 |
Image satelit atas semenanjung Malaysia
tiada kelompok awan pun..Cahaya matahari direct kat kita... |
Namun di sebalik ketidakselesaan, pepeluhan, kehangatan cuaca hangat ini...Jika diihat dari segi positif kita patut bersyukur kepada Allah swt. Berbanding dengan negara negara lain yang dilanda pelbagai bencana semulajadi dan bukan semulajadi... di samping banyak aktiviti luar yang boleh dilakukan dengan keadaan cuaca seperti ini...dinasihatkan banyak minum air bagi mengelakkan dehidrasi ( kekurangan air ) yang akan memberi kesan kepada tubuh badan espcially otak.. jikalau otak ini kekurangan akan menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada tubuh badan kita...Mereka yang berniaga air, cendol, ais, ABC dan sebagainya pasti sgt laku dalam keadaan ini...bukan kah itu yang positif...Peniaga Air Cond, juru pasang aircond, penjual kipas sekalipun mendapat faedah ketika cuaca ini...Bersyukur padamu Ya Allah...
 |
Jumlah hujan yang turun pun sedikit sangat seperti dapat kita lihat. |
Kesimpulannnya, panas atau hujan itu semua rahmat dariNya..Bersyukur negara masih selamat & selesa untuk kita mencari rezeki juga menjalankan tanggungjawab kepada Yang Esa..Jangan kita kufur nikmat kerana nikmat boleh ditarik anytime without notice...kalau tak byr hutang bank pun ada notice okay so beringat ingat..Assalammualaikum...