![]() |
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin menunjukkan lesen memandu berciri keselamatan tinggi |
Mulai 15 Julai 2013, Jabatan Pengangkutan Jalan akan mula melaksanakan Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) di cawangan JPJ seluruh negara manakala untuk Pejabat Pos akan bermula November 2013. Maka bermakna bermula 15hb Julai ini sesiapa yang mempebaharui atau baru mendapatkan lesen sama ada Percubaan (P) atau Lesen Penuh ia akan mendapat LMBT yang bentuknya lebih kurang Mykad...So akan makin semak wallet aku nanti lah..hehehe...Yang pasti kad ini lebih tebal dari lesen memandu sekarang yang tidak dinaiktaraf sejak 1989 tu..
Disebabkan lesen memandu kita diterima di 150 negara di dunia maka dengan pengenalan LMBT ini akan meningkatkan integrasi dan imej Malaysia..maknanya tidak digelakkan negara negara lain lesen dilaminasi plastik biasa saja...pengalaman aku sebagai pegawai bank, aku dah biasa lihat lesen lesen memandu expatriates atau foreigners memang lebih canggih dan elok berbanding lesen memandu kita...akhirnya we are catching up..
![]() |
Perbandingan baru dan lama. |
LMBT ini mempunyai ciri utama seperti reka bentuk sekuriti tinggi, lapiasan hologram, menggunakan pencetak teknologi pemindahan terma serta bersaiz kad kredit ( tapi takleh digunakan sebagai kad kredit kan )....Adakah dengan pengenalan LMBT boleh mengurangkan kes lesen terbang atau mengesan lesen palsu hanya masa akan menentukan...
![]() |
Depan & belakang LMBT |
Lagi satu tiada caj tambahan kalau tukar kepada LMBT nie...Free je..just bayar yuran tahunan pembaharuan lesen memandu tu je kay...
PERSOALAN : Apa cerita inisiatif Mykad yang dikatakan Satu Kad Untuk Semua ketika dilancarkan dahulu? IC, Touch N Go, Lesen Memandu, Kad Debit semua dalam Mykad tapi nampaknya tidak dimaksimakan penggunaannya seperti apa objektif ketika pelancaran lebih daripada 10 tahun lepas?? Kan lebih mudah satu kad sahaja??
PERSOALAN : Apa cerita inisiatif Mykad yang dikatakan Satu Kad Untuk Semua ketika dilancarkan dahulu? IC, Touch N Go, Lesen Memandu, Kad Debit semua dalam Mykad tapi nampaknya tidak dimaksimakan penggunaannya seperti apa objektif ketika pelancaran lebih daripada 10 tahun lepas?? Kan lebih mudah satu kad sahaja??
Thks 4 da info. Btl gak 1 kad je da ckup. Da tebal wallet
ReplyDeletei baru je renew dan dapat the new license..nanti i cerita next entry..
ReplyDeleteas-salam.. harap dpt share entry pasal kes renew license nih.. ramai yg masih blur tentang lesen baru.. tq... :)
ReplyDeleteYang Hishamudin pegang tu lesen lama kamu ke?
ReplyDelete