Tuesday, 18 June 2013

Musim Jerebu Datang Lagi...Salah Manusia Bukan Takdir

Kuala Lumpur diselubungi jerebu...
Sejak minggu lepas Malaysia seperti dijangka dilanda jerebu.Jerebu sudah umpama musim apabila setiap tahun keadaan ini pasti akan berulang walaupun pelbagai kaedah untuk menanganinya. Namun kita manusia hanya merancang, Yang Maha Kuasa menentukan. Namun demikian takdir tidak boleh dipersalahkan kerana akibat ketamakan manusia itu sendiri sedikit sebanyak meyumbang kepada jerebu ini. Kita manusia yang mendapat kesan secara langsung akibat jerebu.

Punca utama jerebu yang dibawa dari titik2 panas di Sumatera
 Indeks Pencemaran Udara (IPU) dikatakan tidak sihat apabila melebihi 100 ke atas. Jerebu akan memberi kesan kepada mereka yang memang mempunyai masalah penyakit pernafasan juga kepada mereka yang sihat. Kes kes selesama, asma & sesak nafas akan meningkat begitu juga sakit tekak dan sebagainya.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya menyebut negara kini mengalami musim Monsun Barat Daya bermula Jun ini, yang dijangka berterusan hingga September.

“Angin monsun yang bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia telah membawa asap jerebu ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung,” kata kenyataan itu.

Anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan mengambil air minuman yang tetap untuk mengurangkan risiko risiko bahaya jerebu.

Mari kita beramai ramai berdoa kepada Allah s.w.t agar melindungi kita umatnya..Kita mendoakan agar hujan turun. Jerebu juga menyebabkan kesan rumah hijau di permukaan bumi. Suhu dikatakan mencapa antara 34 darjah C ke 36 darjah C. Walaupun cahaya matahari tidak terik namun kita dapat merasakan kehangatan panas.


No comments:

Post a Comment