 |
Chatime Pandan Indah |
Salam semua...Disebabkan suhu hari ini yang mencanak sampai 33 darjah celcius, tetiba tekak aku ini nak merasai kesejukan pearl tea..Aku rasa ramai yang telah mengetahui mengenai Chatime... Chatime Pandan Indah ini terletak berhadapan dengan taman permainan Pandan Indah (lokasi memang strategik)...berhampiran masjid Al Azim, Pandan Indah..Kafe ini baru dibuka juga..memang ramai kalau time 'peak hours'...Chatime ni terkenal dengan minuman Pearl Tea berasal dari Taiwan...Aku biasa pergi ke beberapa jenis pearl tea shop seperti Each In A Cup, Bon Cup dan sebagainya tapi aku berpendapat Chatime lebih asli, unik dan pelbagai walaupun bandingan harganya mahal sikit dari brand-brand yang sewaktu dengannya...Quality wise better...
 |
kaunter depan yang simple...Staffs sangat mesra pelanggan...Thumbs up.. |
Order dibuat dikaunter, resit beserta no. unik akan disertakan..tunggu no kita dipanggil untuk collect minuman..aikkk..mcm kat Bank atau Pos Office pulak,,,tapi walau apa pun servis mmg pantas..tak sampai seminit minuman aku siap walaupun ada 3 org di depan aku...thumbs up....tu yang aku seronok mai Chatime.
 |
Salah satu sebab aku nak try range Horlicks yang baru diperkenalkan about 1 week ago.aku mmg suka minum Horlicks.. |
 |
Suasana kafe yang bersih. |
 |
Strawberry pudding au-lait (kesukaan isteri), bukan pearl tea tapi merupakan salah satu range minuman yang ada di Chatime tapi mmg marvelous..rasa buah asli & kombinasi rasa serta tekstur yang menarik...yum..yumm..mmg selalu order ni kalau ke sini. Strawberry smoothies with yellow soft pudding..Mmg best... |
 |
Ini aku punya..Horlicks Pearl Milk Tea..Bagi aku rasa dia rasa ....rasa horlicks...hahahaha...I prefer Original Pearl Milk Tea kalau dalam cuaca yang panas..anyway acceptable...sedap dan boleh diterima tekak..
Overall Chatime Pearl Milk Tea mmg best...Jemputlah ke sini jika berada di Pandan Indah..Btw..Chatime dah banyak cawangan di seluruh negara..even ada yang buat delivery..hebat marketing depa kan...Banyak pilihan dari milk tea, smoothies dan sebagainya..Harga berpatutan...Quality mmg cantik..Disebabkan popularity Chatime, sebaris 3 buah kedai ada satu kedai Pearl Milk Tea dibukak..kalau ada masa aku cuba..jenama mcm tak dikenali...nanti aku cuba kenal2..jumpa lagi uolsss....
|
No comments:
Post a Comment