Sunday 18 May 2014

Page Rezan's Stop Akan Berwajah Baru

Assalammualaikum wbt.

Hampir setahun tidak bercerita di dalam blog kesayangan ini. Pelbagai faktor dalaman dan juga luaran menyumbang kepada kesukaran ini.

Blog akan berwajah berbeza dan akan muncul dengan cerita baru tidak lama lagi.

Lebih cerita menarik akan dikongsi bersama untuk tatapan semua, in sha Allah..

Semoga kita ketemu lagi.

Thursday 12 September 2013

Acer Liquid Z110 pulak Rosak..Samsung Galaxy Tab 2 Kembali ( Voice Call Tak Berfungsi Pulak )

Salam bertemu kembali..Lama rasanya tak menulis di dalam Blog kesayangan..Sibuk..Hilang idea nak menulis dan faktor-faktor yang tak dapat dielak..Dalam tempoh ini suatu tak diduga berlaku..Yes telefon bimbit aku rosak..waaaa..memang susah...hp yang baru aku beli tak sampai setahun rosak.hari tu Tab 2 aku Water Damage terus tak boleh On..Simpan terus dalam peti..

Memang mencabar betullah..Agak sukar jika tiada hp kan di masa kini..Memang menjadi keperluan..


Keadaan hp Acer aku di mana LCD dikatakan telah pecah angkara..hehehe...anak anak tersayang..Bawak pi Acer Service Center sebab still under Warranty kan..baru 8 bulan je.." Maaf bang kalau LCD pecah ni kami tak cover lah, Engineer kami ( wow!! engineer ok bukan technician ) kata nak repair boleh tapi kos dalam 2 ratus lebih"... Aku pun jawab " takpelah bro, macam beli baru je..Terima kasih je"....Sedih lah sebab aku tak der hp backup...hp lama semua sama ada rosak atau hilang dan sebagainya...

Nak jadikan cerita aku pi buka peti besi lama..Jumpa Samsung Galaxy Tab 2 7.0 aku yang rosak akibat Water Damage..Sapa tak ingat leh refer citer aku sini http://rezan1509.blogspot.com/2013/02/tablet-kesayangan-dimasuk-pencuri-opsss.html

Ada terbaca satu kedai repair di Pertama Complex ni yang tak terlalu mahal kalau nak repair..Pi sana suh repair sebab Tab aku ni memang tak leh nak On sejak dimasuki air..Pi Samsung Centre kata kena ganti Motherboard dekat seribu gak..Tu yang simpan je dalam peti besi..Pi kedai tu depa charge rm180 untuk On kan balik Tab 2 aku...aikkk...masa kat Samsung Service kata memang takleh On dah...suh ganti Motherboard yang mahal dulu...

Resit Kedai tu kalau sesapa nak repair hp atau tablet..agak murah di sini..





Syukur Samsung Galaxy Tab 2 aku kembali hidup namun yang tak bestnya function Call tak boleh digunakan i.e. 3G/Sim Kad tak boleh funtion disebabkan kerosakan Water Damage..Biar betik!!!Sedihlah..



Try masuk sim kad, tab aku tak dapat detect..Then keluar tanda 'No Parking' mcm kat atas tu..So kalau ada sesapa yang pakar Samsung Galaxy Tab leh tolong tak settle masalah nie?? Please ye jasa anda semua akan dikenang...Wifi, bluetooth sumer takder masalah...Even apa yang aku save dulu semua ada balik..tak hilang pun...Apa yang aku google ada yang suh Factory Reset untuk solve the problem?
Any idea or info please share..Thanxx...






Friday 26 July 2013

Zakat Fitrah 2013


Alhamdulillah selepas solat Jummat tadi sempat melaksanankan kewajipan membayar Zakat Fitrah. Syukur sempenan mengambil keberkatan Nuzul Quran. Tinggal sudah lama di Selangor maka bayar dengan Lembaga Zakat Selangor. Kadar Zakat Fitrah Selangor tahun 2013 ini adalah RM 7 satu kepala.
Aku, Isteri & 2 anak berjumlah RM 28..

Berikut adalah kadar Zakat Fitrah bagi negeri negeri seluruh Malaysia 2013 :


Buat semua jangan lupa kewajipan untuk membayar zakat Fitrah. Terdapat golongan golongan yang kurang bernasib baik yang masih ingin meraikan Aidilfitri bersama sama kita. Kita dibolehkan mula membayar fitrah dari mula ramadhan sehingga pagi sebelum mulanya solat sunat Adilfitri. Jika kita membayar selepas solat Aidilfitri maka ia akan menjadi 'sedekah'..

Zakat fitrah adalah Wajib ke atas semua individu sama ada lelaki wanita, orang dewasa atau kanak kanak, merdeka atau hamba, miskin atau kaya, org kampung atau bandar mengikut syarat syarat yang ditetapkan...Jangan lupa semua..Salam Ramadhan...


Saturday 20 July 2013

Harga Ayam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan..



Sejak memasuki bulan Ramadhan ini entry yang pertama disebabkan kesibukan & ketiadaan idea yang melampau..Maka nak dijadikan cerita mengenai harga ayam yang naik mendadak sejak kebelakangan ini..Sebagai surarumah ( surirumah versi Lelaki ) yang biasa membeli barang dapur di pasar raya memang tidak dinafikan kenaikan yang agak 'melampau' ini sehingga ada yang mencecah rm10 per kg di Kuala Lumpur...mak aiiii!!! aku selalu beli di Aeon Big atau Giant biasanya hujung minggu memang harga ayam lebih murah dari hari biasa..
Biasa pun paling murah leh dapat rm5 per kg ke paling mahal pun tak sampai rm8 per kg pun..

Pelik kenaikan harga ayam ( dan juga barang barang keperluan yang lain ) pasti meningkat bila bulan puasa menjelma & Syawal..Kenapa agaknya ye...Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada kenaikan ini di mana tak dapat aku kongsikan di sini sekarang..agak sensitif untuk dikongsikan..namun
sebagai pengguna diharap kita lebih bijak merancang & membeli..memang tak dinafikan budak budak memang suka makan ayam..kalau tukar lauk lain buat muka tak nak makan so nak buat macam mana kan..ikut jelah...masalahnya aku pun memang hantu ayam...

Keadaan yang kecoh ini KPPDNK telah menggariskan harga ayam mengikut harga siling mulai 26 Julai 2013 hingga 11 Ogos 2013


  1. Ayam Standard  RM 7.70 per Kg
  2. Ayam Super (bukan SUPERMAN) RM 8.50 per Kg
Setiap tahun perkara yang sama berlaku..Bila time raya atau puasa kenaikan yang pelik berlaku...lepas musim perayaan back to normal...something Fishy or Chicky behind there...Please Gov do something on this as we are consumer face the same problems every single year only in Ramadhan atau Syawal..Chinese New Year takdelah berlaku kan???

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Mubarak 1434 H


Syukur Alhamdulillah kita di ketemu kembali dengan bulan yang paling mulia untuk umat Islam, Ramadhan Al Mubarak...Seperti yang diumumkan oleh Pemyimpan Mohor Besar pada Isnin, 8 Julai 2013 telah mengisytiharkan setelah dipersetujui oleh Majlis Raja Raja Melayu bahawa 1 Ramadhan 1434H jatuh pada 10 Julai 2013 , Hari Rabu...

Selamat berpuasa untuk semua..Ramadhan bukan saja untuk kita  menahan lapar dan makan dari terbit fajar hingga terbenam matahari namun menghindarkan diri dari segala yang membatalkan puasa, perkara  perkara maksiat & tidak baik yang boleh mengurangkan pahala juga keberkatan berpuasa.

Bulan Ramadhan merupakan bulan umat Islam seperti hadis bahawa Ramadhan adalah umat Islam di mana segala amalan yang dilakukan bulan ini mendapat berganda ganjarannya dari Allah swt. 1 amalan wajib bersamaan 70 kali amalan wajib..1 amalan sunat bersamaan 1 amalan wajib..Di bulan yang barakah ini terdapatnya satu malam yang yang lebih baik daripada 1000 bulan yang dinamakan Malam Lailatul Qadar..Seperti ayat Al Quran

" Sesungguhnya telah Kami turunkan Al Quran pada Lailatul Qadar.Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar Itu? Lailatul Qadar itu adalah lebih baik daripada seribu bulan "

Surah Al- Qadr Ayat 1-2

Marilah kita semua merebut peluang yang dikurniakan Allah untuk mengamalkan segala amalan baik di bulan ini.. Semoga semua diberkatiNya...Kita berdoa agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh sempurna..Di samping itu jangan kita lupakan nasib saudara kita di Palestin, Syria, Mesir, Myanmar dan di mana saja.. Semoga Allah memberikan kejayaan di dunia & akhirat...Semoga dipanjangkan umur untukku bertemu denganmu Ya Ramadhan...

Saturday 6 July 2013

McDonalds Samurai Burger Datang kembali...Yumm..Yumm..

Set Samurai Burger 
Salam kembali..Buat mereka yang tidak 'memboikot' McDonalds baru baru ni burger yang memang di antara paling aku suka iaitu berasal dari Jepun ( ye ke? ) , Samurai Burger telah kembali berada di pasaran untuk masa yang terhad...Untuk makluman Samurai Burger ni memang menjadi kegemaran sejak ia diperkenalkan sejak zaman 'muda muda' dulu..Kalau tak silap burger ni dah lama tak berada di pasaran for almost 10 years then made a comeback last year..


Warrior Comeback...Quarter pound beef patty dipped in teriyaki sauce with special Mayonnaise sauce..



Burger dibalut wrapping paper...



Walaupun rupa Samurai Burger ini dibandingkan dengan  gambar paling atas memang jauh berbeza..Gambar atas tu hanya untuk tujuan promosi atau ilustrasi saja..Strategi marketing....Namun  patty daging memang dimasak lembut giler...lembap & cair di dalam mulut....Sos teriyaki manis diganding dengan Sos Mayo Istimewa..Samurai burger ni lagi best dari GCB atau Prosperity Burger...Tapi bagi yang suka pedas pasti akan tambah sos cili bagi 'kaw'...




Kali ini set Samurai Burger didatangkan dengan Criscut Fries di mana aku tak suka..Prefer Original McD French Fries..Lebih ummpss..Agak masin & kurang mengenyangkan..hehehe..sebab sikit sangat kot..huhu..



Sakura McFizz special drink for Samurai Burger Set..Air ini adalah gabungan Ribena & Sprite..Tak banyak komen bagi aku boleh diterima tekak..Nak kata best tu doklah...hehe..bolehlah..Rasa sprite yang lebih..Ribena less a bit...Hurmmm....

Secara umum, memang puas hati bila try Samurai Burger Set nie...Sekali sekala je kan ada..Anda semua boleh refer kat https://mcdelivery.com.my/my/ sebab ada beberapa set istimewa sempena Ramadhan yang bagi aku memang agak menjimatkan berbanding jika dibeli secara biasa..
Set yang aku beli ni pun melalui Mcdelivery atau Penghantaran yang boleh dibuat secara telefon atau online ordering...memang berbaloi-baloi..Enjoy...

Saturday 29 June 2013

Satay Station Drive Thru Di Ampang Waterfront


Malam tadi dok fikir dinner nak makan apa...Tak berselera nak makan nasi tetiba terfikir Satay..yummy..Last last beritahu Wiffy nak makan satay..tekak ni rasa nak makan Satay secara tiba tiba..Maka aku bertolak ke Satay Station, Ampang Waterfront, Ampang. Disebabkan aku nak 'tapau' atau take away je so aku pun melawat Kaunter Drive Thru Satay Station. Yes...Satay Station Ampang Waterfront with Drive Thru Service. Senang tak perlu turun kereta.

Drive Thru Satay Station

Drive Thru Satay Station terletak di belakang premis Satay Station Ampang Waterfront untuk memudah mereka yang ingin take away tapi malas nak turun kereta ala ala McD...Sampai sampai ada sebijik kereta depan aku..dalam lebih kurang pukul 9.55 malam.

Pemandangan kaunter Drive Thru

Apabila sampai seorang pembantu wanita datang mengambil pesanan..Satay akan dibakar fresh mengikut pesanan. Itu yang aku suka sangat Satay Station nie..

Pekerja dok sibuk membakar satay.
Nasib baik tak ramai yang Drive Thru tapi aku lihat kat dalam restoren memang ramai orang maklumlah Jumaat malam..aku hanya perlu menunggu tak sampai 10 minit, pesanan yang siap dibungkus ada padaku..Memang pantas..Then shoot terus balik rumah...

Hidangan satay sedia untuk diserbu


Satay Ayam - The Best 

Satay Lembu  Yang Memang Creamy...Saiz memang besarlah..

Satay bersama kuah kacang yang terangkat

Kuah Satay Station memang sedap & best bagi aku. Biji kacang tidak dikisar terlalu  halus (chunky) cuma berminyak sedikit. Rasa pedas & manis balance..Bagi aku 2 thumbs up...



Makan untuk berdua so beli sikit je. Harga di Satay Station sudah berubah sejak kali terakhir aku ke sini beberapa bulan lepas..Terkezut pakcik..Satay Ayam sekarang RM 1.20 secucuk manakala daging RM 1.30 secucuk. Harga lama dulu setiap cucuk adalah RM 1.00..Masa 1st time bukak kalau tak silap rm 0.90 secucuk..Hurm..Inflasi yek...Nasi Impit satu set RM 2...


Secara keseluruhan, aku lebih suka satay di sini berbanding di restoren lain seperti Hj Samuri kerana satay lebih fresh, tidak kering, kuah sedap & harga yang agak munasabah kerana saiznya pun agak besar. Satay Station memang menjadi pilihan jika teringinkan satay kerana lokasi oun agak berdekatan dengan rumahku...Nanti next time nak ceritakan Mee Rebus pulak di sini...Memang sedap..