Malam tadi dok fikir dinner nak makan apa...Tak berselera nak makan nasi tetiba terfikir Satay..yummy..Last last beritahu Wiffy nak makan satay..tekak ni rasa nak makan Satay secara tiba tiba..Maka aku bertolak ke Satay Station, Ampang Waterfront, Ampang. Disebabkan aku nak 'tapau' atau take away je so aku pun melawat Kaunter Drive Thru Satay Station. Yes...Satay Station Ampang Waterfront with Drive Thru Service. Senang tak perlu turun kereta.
 |
Drive Thru Satay Station |
Drive Thru Satay Station terletak di belakang premis Satay Station Ampang Waterfront untuk memudah mereka yang ingin take away tapi malas nak turun kereta ala ala McD...Sampai sampai ada sebijik kereta depan aku..dalam lebih kurang pukul 9.55 malam.
 |
Pemandangan kaunter Drive Thru |
Apabila sampai seorang pembantu wanita datang mengambil pesanan..Satay akan dibakar fresh mengikut pesanan. Itu yang aku suka sangat Satay Station nie..
 |
Pekerja dok sibuk membakar satay. |
Nasib baik tak ramai yang Drive Thru tapi aku lihat kat dalam restoren memang ramai orang maklumlah Jumaat malam..aku hanya perlu menunggu tak sampai 10 minit, pesanan yang siap dibungkus ada padaku..Memang pantas..Then shoot terus balik rumah...
Hidangan satay sedia untuk diserbu
 |
Satay Ayam - The Best |
 |
Satay Lembu Yang Memang Creamy...Saiz memang besarlah.. |
 |
Satay bersama kuah kacang yang terangkat |
 |
Kuah Satay Station memang sedap & best bagi aku. Biji kacang tidak dikisar terlalu halus (chunky) cuma berminyak sedikit. Rasa pedas & manis balance..Bagi aku 2 thumbs up... |

|
Makan untuk berdua so beli sikit je. Harga di Satay Station sudah berubah sejak kali terakhir aku ke sini beberapa bulan lepas..Terkezut pakcik..Satay Ayam sekarang RM 1.20 secucuk manakala daging RM 1.30 secucuk. Harga lama dulu setiap cucuk adalah RM 1.00..Masa 1st time bukak kalau tak silap rm 0.90 secucuk..Hurm..Inflasi yek...Nasi Impit satu set RM 2...
Secara keseluruhan, aku lebih suka satay di sini berbanding di restoren lain seperti Hj Samuri kerana satay lebih fresh, tidak kering, kuah sedap & harga yang agak munasabah kerana saiznya pun agak besar. Satay Station memang menjadi pilihan jika teringinkan satay kerana lokasi oun agak berdekatan dengan rumahku...Nanti next time nak ceritakan Mee Rebus pulak di sini...Memang sedap..
|
No comments:
Post a Comment