Sunday, 9 June 2013

Taman Tasik Perdana Menggamit Kenangan Lama..Riadah Bersama Anak Anak

Cuti sekolah yang agak panjang ini kami duk berfikir tempat riadah yang sesuai untuk kanak kanak yang sedang membesar mcm anak anak kami, Naufal, 6 tahun & Iris, 1 tahun lebih..Memang tengah lasak giler mereka nie..tak terlarat pakcik..Terbaca blog mikahaziq.blogspot.com tercetus idea nak singgah semula ke Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. So apa lagi kami  pun bertolak di petang Sabtu sebelum Asar untuk mengelakkan kesesakan yang dijangka terutama ketika cuti sekolah ini...Ini lokasi untuk mereka yang jarang atau tidak pernah ke sini.

Lokasinya

Memang banyak perubahan setelah beberapa lama tak singgah di Taman Tasik Perdana ini..Masa bujang dulu selalu gak ke sini...Lebih cantik, lebih menarik, lebih permainan menarik untuk kanak kanak ( just kanak kanak okay )..Keadaan landskap lebih tersusun dengan pokok2 dan bunga2an yang cantik dan menyegarkan pemandangan mata.Tempat ini memang sesuai untuk riadah sekeluarga juga untuk bersenam menyihatkan badan..Taman ini juga menjadi lokasi semulajadi untuk mereka yang baru berkahwin untuk memahatkan atau menjalankan sessi photography..Aku terserempak dekat 5 pasangan pengantin ketika singgah di sini...Tempat ini memang cun...

Mama & Iris

Papa & Iris

Taman Permainan Kanak kanak

Bertema Dinasour

Memang syok!!!Child Dream

Iris 'lupa diri' sat

Iris & Gang

Pokok yang berbentuk dinosaur..T Rex

Lagi pokok pokok berbentuk dinasour..

Iris happily under the mushroom

Pok!Pok!Amai!Amai! IRIS

Seronoknya anak papa...

Big T Rex above the Kids...

" Papa, Iris so scare with the dinosaur"

Yehooo....Naik  buaian lak anak dara papa nie

Iris berkeras nak main sampai puas..taknak gerak..

Ini my family sebelum naik Tram..Perkhidmatan Tram ni dekat Taman Permainan Bertema Dinasour tadi Stesen Menunggu dia..Sekali dalam 15 min aku rasa..Satu tiket RM1 saja..dia akan mengelilingi Taman Tasik yang ambil masa dalam 15 minit..memang menarik..aku bayar RM2 je...

Naufal seronok naik Tram But Iris Nampak Boring...

Abg driver yang baik hati..Tq Bro!!

Tram melalui depan Masjid Negara


Tram lalu depan Muzium Keseniaan Islam

Perkidmatan Tram ini boleh dinaiki berdekatan Taman Permainan Bertema Dinosaur tu sahaja sebab dia tak berhenti di tempat lain. Dia akan mengelilingi taman sambil melalui Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung, Memorial Tun Abdul Razak dan semua tempat menarik yang terdapat di taman ini. Harga tiket RM1 sahaja.
Gambar gambar di atas yang sempat aku snap..Actually banyak lagi tempat menarik boleh dikunjungi di sini seperti Planaterium Negara & Muzium Negara...Taman Permainan di sini memang banyak sangat, mencabar & tidak membosankan..Satu je yang kurang iaitu tempat meletak kereta terhad so ramai akan park di bahu bahu jalan terutama hujung minggu atau time cuti sekolah hinggakan di tempat kami parkin berhampiran Kelab Diraja tu jem..Jalan 2 hala jadi sehala..amik ko!!! Pandai  pandailah u all cari parkin lot..Jumpa lagi..



No comments:

Post a Comment