Syukur Alhamdulillah kita di ketemu kembali dengan bulan yang paling mulia untuk umat Islam, Ramadhan Al Mubarak...Seperti yang diumumkan oleh Pemyimpan Mohor Besar pada Isnin, 8 Julai 2013 telah mengisytiharkan setelah dipersetujui oleh Majlis Raja Raja Melayu bahawa 1 Ramadhan 1434H jatuh pada 10 Julai 2013 , Hari Rabu...
Selamat berpuasa untuk semua..Ramadhan bukan saja untuk kita menahan lapar dan makan dari terbit fajar hingga terbenam matahari namun menghindarkan diri dari segala yang membatalkan puasa, perkara perkara maksiat & tidak baik yang boleh mengurangkan pahala juga keberkatan berpuasa.
Bulan Ramadhan merupakan bulan umat Islam seperti hadis bahawa Ramadhan adalah umat Islam di mana segala amalan yang dilakukan bulan ini mendapat berganda ganjarannya dari Allah swt. 1 amalan wajib bersamaan 70 kali amalan wajib..1 amalan sunat bersamaan 1 amalan wajib..Di bulan yang barakah ini terdapatnya satu malam yang yang lebih baik daripada 1000 bulan yang dinamakan Malam Lailatul Qadar..Seperti ayat Al Quran
" Sesungguhnya telah Kami turunkan Al Quran pada Lailatul Qadar.Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar Itu? Lailatul Qadar itu adalah lebih baik daripada seribu bulan "
Surah Al- Qadr Ayat 1-2
Marilah kita semua merebut peluang yang dikurniakan Allah untuk mengamalkan segala amalan baik di bulan ini.. Semoga semua diberkatiNya...Kita berdoa agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh sempurna..Di samping itu jangan kita lupakan nasib saudara kita di Palestin, Syria, Mesir, Myanmar dan di mana saja.. Semoga Allah memberikan kejayaan di dunia & akhirat...Semoga dipanjangkan umur untukku bertemu denganmu Ya Ramadhan...
selamat menyambut Ramadhan
ReplyDelete