Saturday, 20 July 2013

Harga Ayam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan..



Sejak memasuki bulan Ramadhan ini entry yang pertama disebabkan kesibukan & ketiadaan idea yang melampau..Maka nak dijadikan cerita mengenai harga ayam yang naik mendadak sejak kebelakangan ini..Sebagai surarumah ( surirumah versi Lelaki ) yang biasa membeli barang dapur di pasar raya memang tidak dinafikan kenaikan yang agak 'melampau' ini sehingga ada yang mencecah rm10 per kg di Kuala Lumpur...mak aiiii!!! aku selalu beli di Aeon Big atau Giant biasanya hujung minggu memang harga ayam lebih murah dari hari biasa..
Biasa pun paling murah leh dapat rm5 per kg ke paling mahal pun tak sampai rm8 per kg pun..

Pelik kenaikan harga ayam ( dan juga barang barang keperluan yang lain ) pasti meningkat bila bulan puasa menjelma & Syawal..Kenapa agaknya ye...Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada kenaikan ini di mana tak dapat aku kongsikan di sini sekarang..agak sensitif untuk dikongsikan..namun
sebagai pengguna diharap kita lebih bijak merancang & membeli..memang tak dinafikan budak budak memang suka makan ayam..kalau tukar lauk lain buat muka tak nak makan so nak buat macam mana kan..ikut jelah...masalahnya aku pun memang hantu ayam...

Keadaan yang kecoh ini KPPDNK telah menggariskan harga ayam mengikut harga siling mulai 26 Julai 2013 hingga 11 Ogos 2013


  1. Ayam Standard  RM 7.70 per Kg
  2. Ayam Super (bukan SUPERMAN) RM 8.50 per Kg
Setiap tahun perkara yang sama berlaku..Bila time raya atau puasa kenaikan yang pelik berlaku...lepas musim perayaan back to normal...something Fishy or Chicky behind there...Please Gov do something on this as we are consumer face the same problems every single year only in Ramadhan atau Syawal..Chinese New Year takdelah berlaku kan???

No comments:

Post a Comment