Saturday, 29 June 2013

Satay Station Drive Thru Di Ampang Waterfront


Malam tadi dok fikir dinner nak makan apa...Tak berselera nak makan nasi tetiba terfikir Satay..yummy..Last last beritahu Wiffy nak makan satay..tekak ni rasa nak makan Satay secara tiba tiba..Maka aku bertolak ke Satay Station, Ampang Waterfront, Ampang. Disebabkan aku nak 'tapau' atau take away je so aku pun melawat Kaunter Drive Thru Satay Station. Yes...Satay Station Ampang Waterfront with Drive Thru Service. Senang tak perlu turun kereta.

Drive Thru Satay Station

Drive Thru Satay Station terletak di belakang premis Satay Station Ampang Waterfront untuk memudah mereka yang ingin take away tapi malas nak turun kereta ala ala McD...Sampai sampai ada sebijik kereta depan aku..dalam lebih kurang pukul 9.55 malam.

Pemandangan kaunter Drive Thru

Apabila sampai seorang pembantu wanita datang mengambil pesanan..Satay akan dibakar fresh mengikut pesanan. Itu yang aku suka sangat Satay Station nie..

Pekerja dok sibuk membakar satay.
Nasib baik tak ramai yang Drive Thru tapi aku lihat kat dalam restoren memang ramai orang maklumlah Jumaat malam..aku hanya perlu menunggu tak sampai 10 minit, pesanan yang siap dibungkus ada padaku..Memang pantas..Then shoot terus balik rumah...

Hidangan satay sedia untuk diserbu


Satay Ayam - The Best 

Satay Lembu  Yang Memang Creamy...Saiz memang besarlah..

Satay bersama kuah kacang yang terangkat

Kuah Satay Station memang sedap & best bagi aku. Biji kacang tidak dikisar terlalu  halus (chunky) cuma berminyak sedikit. Rasa pedas & manis balance..Bagi aku 2 thumbs up...



Makan untuk berdua so beli sikit je. Harga di Satay Station sudah berubah sejak kali terakhir aku ke sini beberapa bulan lepas..Terkezut pakcik..Satay Ayam sekarang RM 1.20 secucuk manakala daging RM 1.30 secucuk. Harga lama dulu setiap cucuk adalah RM 1.00..Masa 1st time bukak kalau tak silap rm 0.90 secucuk..Hurm..Inflasi yek...Nasi Impit satu set RM 2...


Secara keseluruhan, aku lebih suka satay di sini berbanding di restoren lain seperti Hj Samuri kerana satay lebih fresh, tidak kering, kuah sedap & harga yang agak munasabah kerana saiznya pun agak besar. Satay Station memang menjadi pilihan jika teringinkan satay kerana lokasi oun agak berdekatan dengan rumahku...Nanti next time nak ceritakan Mee Rebus pulak di sini...Memang sedap..





Thursday, 27 June 2013

ASTRO Maya HD -Saluran Melayu Baru



Pada 24 Jun 2013 yang lepas, pihak ASTRO pembekal saluran tv satelit berbayar terbesar Malaysia telah melancarkan saluran 135 yang dinamakan Maya HD. Apa yang membezakan Maya HD dengan saluran saluran ASTRO yang lain??Rasanya takde beza kerana Maya HD merupakan saluran yang didedikasi khas untuk rancangan rancangan Melayu terbitan dari saluran ASTRO Ria (104), ASTRO Prima (105) & ASTRO Oasis (106) dalam format HD ( Definasi Tinggi )...Oh itu je..Menurut khabar bahaya musim baharu Akademi Fantasia akan disiarkan melalui Maya...Hurmmm...AF akan dihidupkan semula nampaknya..Relevan kah lagi AF ni?Kita tunggu je...Rancangan menarik sebelum ini seperti MELETOP  & Primadona akan mula ditayangkan di Maya berbanding di Mustika HD 134 sebelum ini untuk format HD. Mustika HD akan didedikasi untuk saluran saluran dalam pakej MUSTIKA.


Selain Maya ada beberapa saluran HD yang baru.

Di samping pelancaran Maya HD, ASTRO juga melancarkan 11 saluran dan 5 pakej baharu  untuk memenuhi pelbagai keperluan menonton dan menambah nilai pelanggan agar lebih kukuh.
Terdapat pelbagai pakej yang boleh dipilih. Maknanya jumlah saluran ASTRO telah menjadi 174 saluran di mana 37 saluran adalah dalam format HD. Oisshhh..memang banyak channel..Aku yang melanggan Superpack 1 memang tak terlayan beb...Sampai tak tahu nak tgk yang mana satu..Namun bagi mereka yang mempunyai ASTRO Beyond PVR - Personal Video Recorder boleh set time untuk Record atau Rakan rancangan2 kegemaran then bila ada masa leh Play & Watch.



Bagi pelanggan perkhidmatan bebas langganan, NJOI juga tidak ketinggalan di mana 3 saluran tambahan iaitu NTV7, 8TV & TV Al Hijrah akan mula dinikmati menjadikan jumlah 22 saluran untuk NJOI...
ASTRO nampaknya terus meluaskan 'kuasa' di Malaysia..Diharap dengan penambahan salauran saluran ini, kos bulanan semasa tidak dinaikkan. Aku sebagai pengguna ASTRO yang sudah lama bersama juga berharap perkhidmatan yang lebih baik dari segi mutu atau kualiti..Kelebihan ASTRO adalah kerana ketiadaan persaingan sihat..Jika ada tidakkah lebih baik kepada kita sebagai pengguna???Anda semua boleh rujuk di  www.astro.com.my/shop atau terus hubungi di talian 1 300 82 3838 untuk maklumat lanjut..

Wednesday, 26 June 2013

1st Movie Time For Iris : After Earth

Poster ' After Earth'
Masa cuti sekolah baru baru ni anak lelakiku, Naufal beria ia ajak aku ngan mama dia nak tengok wayang..Dah lama sangat katanya..So disebabkan satu cineplex baru dibuka berhampiran rumah kami iaitu di One Cinema, Spectrum Shopping Centre Bandar Baru Ampang maka aku pun 'melawat kawasan'...
Masa tu filem After Earth ditayangkan untuk hari pertama..Aku pun beli jelah tiket walaupun hati nak tengok citer lain..Faktor durasi filem yang tidak terlalu panjang dan masa memainkan peranan sebab aku tengok filem ini..Lagipun ini filem sains fiksyen aksi katanya..Pelakon pun terkenal gak kan...Seronok Naufal...Ini juga merupakan kali pertama baby girl aku yang berumur 1 tahun 9 bulan dibawa bersama masuk ke panggung wayang...Biasalah aku bukan ada maid nak baby sit kan..Wiffy pun kata jom kita try tgk reaksi Iris..hehehehe..So aku beli tiket pukul 8.15 malam..just nice after Maghrib...


Bergambo ngan 'Will Smith'


Nak tengok Fast & Furious 6...Hurmm..Best tak??
Anak anak kesayangan Papa...

Overall filem After Earth lakonan Will Smith & anaknya Jaden Smith ni aku bagi 2.5 bintang..Not that wat i've expecting..lebih menonjolkan watak anaknya. Filem ini lebih kepada perhubungan anak dan bapa dalam menangani situasi genting bersama..CGI memang awesome..Cinematography mmg cun..Jalan citer agak slow awal awal tu...aku duk melayan Iris yg tak berapa nak nakal...so so je si Iris ni..maybe filem ni tak lebih 2 jam kot..kalau lebih 2 jam mahu dia buat perangai kan....Naufal ngan mama dia kata citer ni best..Papa kata oklah...Maybe next time leh bawak Iris lagi...(and Naufal also)...

Tuesday, 18 June 2013

Musim Jerebu Datang Lagi...Salah Manusia Bukan Takdir

Kuala Lumpur diselubungi jerebu...
Sejak minggu lepas Malaysia seperti dijangka dilanda jerebu.Jerebu sudah umpama musim apabila setiap tahun keadaan ini pasti akan berulang walaupun pelbagai kaedah untuk menanganinya. Namun kita manusia hanya merancang, Yang Maha Kuasa menentukan. Namun demikian takdir tidak boleh dipersalahkan kerana akibat ketamakan manusia itu sendiri sedikit sebanyak meyumbang kepada jerebu ini. Kita manusia yang mendapat kesan secara langsung akibat jerebu.

Punca utama jerebu yang dibawa dari titik2 panas di Sumatera
 Indeks Pencemaran Udara (IPU) dikatakan tidak sihat apabila melebihi 100 ke atas. Jerebu akan memberi kesan kepada mereka yang memang mempunyai masalah penyakit pernafasan juga kepada mereka yang sihat. Kes kes selesama, asma & sesak nafas akan meningkat begitu juga sakit tekak dan sebagainya.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya menyebut negara kini mengalami musim Monsun Barat Daya bermula Jun ini, yang dijangka berterusan hingga September.

“Angin monsun yang bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia telah membawa asap jerebu ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung,” kata kenyataan itu.

Anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan mengambil air minuman yang tetap untuk mengurangkan risiko risiko bahaya jerebu.

Mari kita beramai ramai berdoa kepada Allah s.w.t agar melindungi kita umatnya..Kita mendoakan agar hujan turun. Jerebu juga menyebabkan kesan rumah hijau di permukaan bumi. Suhu dikatakan mencapa antara 34 darjah C ke 36 darjah C. Walaupun cahaya matahari tidak terik namun kita dapat merasakan kehangatan panas.


Sunday, 16 June 2013

KFC Malaysia 40 Tahun & Set Thermos ( Free Snack Plate Combo )


KFC Malaysia 40th Anniversary  Flask

KFC  mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1973 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur..Sempena Ulangtahun ke 40 mereka ini pada bulan Jun ini pihak KFC telah mengadakan promosi khas dengan pembelian Flask THERMOS  Ulangtahun KFC ke 40 anda akan mendapat Snack Plate Combo PERCUMA..Harga Flask THERMOS yang direka khas ini adalah RM 25.90 ( tidak termasuk Cukai Kerajaan )..Boleh rujuk http://www.kfc.com.my/colonel-latest.php#flask

4 warna menarik 

Flask THERMOS ini berisipadau 460 ml di mana kecik sikit kandungan isipadu daripada air botol mineral kecil..Bolehlah nak minum sorang letak kopi ke...teh ke...in sha Allah tahan panas atau sejuk..jenama THERMOS kan...Ada 4 warna berbeza..Setiap warna mewakili simbol atau lambang KFC Malaysia selama 40 tahun ini. Dikatakan harga retail di luar adalah RM 89.90...Betul ke sesapa yang biasa  beli THERMOS??


So malam Sabtu aritu kami dinner KFC disebabkan aku 'tertarik' ngan iklan kat tv kan..Then bini aku cakap dia nak pulak flask tu letak air panas pi tempat keje...Yang diketahui aku 'hantu' KFC pilah beli satu Set Flask tu seperti gambar di atas..Memang betul FREE Snack Plate Combo heheheheh.......Harga sebelum cukai RM 25.90..Normally Set Snack Plate Combo dalam rm 10 maknanya harga Flask ni secara kasar RM15 lah kan??Berbaloi kot harganya..kat luar flask THERMOS agak mahal kan...Bagus strategi pemasaran KFC..Akan nak cakap beli satu set Snack Plate Combo FREE Thermos Flask harga RM 25.90...Pasti ramai akan melompat kan..Bijak...bijak...

**Snack Plate Combo = 2 pcs chicken, 1 reg coleslaw, 1 reg whipped potato, bun & soft drink 

Flask warna  Bronzite Brown..ingatkan hitam..
Kotak Flask



Ilustrasi Flask Thermos KFC



Quality okay..Memang macam THERMOS lah nampaknya..Cuma belum try tahan panas atau sejuk ke tak...Finishing memang cantik, material setanding jenama THERMOS...

Bagi aku promosi ini sesuai untuk Collector's Edition...Kenang-kenangan sempenan Ulangtahun ke 40..Namun Flask itu boleh dikatakan agak berguna..Jika dibanding harga di pasaran memang agak murah di sambil dapat set FREE makanan dan minuman...So apa lagi mari ke KFC di seluruh negara selagi stok masih ada...

Promosi-promosi lain di KFC sempena Anniversary ini :

KFC 40 Anniversary Promotions
  1. KFC Celebration Combo @ RM4
    combo includes 1 pc chicken, 1 whipped potato (R) and 1 carbonated drink (R)

  1. KFC 40% Discount, if you turn 40 this month
    Valid for any KFC products purchased for the month of June 2013 only
    Terms and Conditions- Redemption of this promotion is only applicable for Malaysians with original MyKad born from 1st June 1973 – 30th June 1973
    - The owner of MyKad must be present upon redemption
    - Valid for Malaysians only
    - Limited to RM100 before discount per transaction per customer
    - Promotion valid until 30th June 2013
    - Not valid with any other discount offers, vouchers or promotions

Saturday, 15 June 2013

Lesen Memandu Malaysia Berciri Keselamatan Tinggi Bermula 15 Julai 2013.

Malaysians to have high-security driving licence from July 15 - Nation | The Star Online



Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin menunjukkan  lesen memandu berciri keselamatan tinggi

Mulai 15 Julai 2013, Jabatan Pengangkutan Jalan akan mula melaksanakan Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) di cawangan JPJ seluruh negara manakala untuk Pejabat Pos akan bermula November 2013. Maka bermakna bermula 15hb Julai ini sesiapa yang mempebaharui atau baru mendapatkan lesen sama ada Percubaan (P) atau Lesen Penuh ia akan mendapat LMBT yang bentuknya lebih kurang Mykad...So akan makin semak wallet aku nanti lah..hehehe...Yang pasti kad ini lebih tebal dari lesen memandu sekarang yang tidak dinaiktaraf sejak 1989 tu..


Selamat tinggal lesen memandu lama yang biasa..alamak lesen memandu aku expired 28 June 2013..so kalau aku renew lebih awal dari 15 Julai  nanti tak sempat lak merasa yang baru nie.. kena tunggu next renewal ka atau macam mana??musykil!!!
Lesen memandu yang sedia ada seperti yang kita ketahui hanya dilaminasi plastik biasa di mana ia mudah rosak dan dipalsukan katanya..Harap yang baru ini kualitinya tidak seperti Mykad kita..Mykad kita yag hebat dan canggih tu pun tak tahan lama & jadi macam belacan kalau simpan lama dalam wallet..memang terbukti...aku pun baru tukar Mykad baru selepas lebih 10 tahun memang dah tak mcm Mykad dah..huhuhu...
Disebabkan lesen memandu kita diterima di 150 negara di dunia maka dengan pengenalan LMBT ini akan meningkatkan integrasi dan imej Malaysia..maknanya tidak digelakkan negara negara lain lesen dilaminasi plastik biasa saja...pengalaman aku sebagai pegawai bank, aku dah biasa lihat lesen lesen memandu expatriates atau foreigners memang lebih canggih dan elok berbanding lesen memandu kita...akhirnya we are catching up..

Perbandingan baru dan lama.

LMBT ini mempunyai ciri utama seperti reka bentuk sekuriti tinggi, lapiasan hologram, menggunakan pencetak teknologi pemindahan terma serta bersaiz kad kredit ( tapi takleh digunakan sebagai kad kredit kan )....Adakah dengan pengenalan LMBT boleh mengurangkan kes lesen terbang atau mengesan lesen palsu hanya masa akan menentukan...

Depan & belakang LMBT

JPJ menyatakan tidak wajib menukarkan lesen yang lama kepada LMBT selagi  belum expired..Tunggu uolss punya lesen 'mati' baru pi renew then u akan dapat LMBT..mana tahu 15hb Julai onwards semua dok serbu JPJ okay....Jem...
Lagi satu tiada caj tambahan kalau tukar kepada LMBT nie...Free je..just bayar yuran tahunan pembaharuan lesen memandu tu je kay...

PERSOALAN : Apa cerita inisiatif Mykad yang dikatakan Satu Kad Untuk Semua ketika dilancarkan dahulu? IC, Touch N Go, Lesen Memandu, Kad Debit semua dalam Mykad tapi nampaknya tidak dimaksimakan penggunaannya seperti apa objektif ketika pelancaran lebih daripada 10 tahun lepas?? Kan lebih mudah satu kad sahaja??



Wednesday, 12 June 2013

Cupcake The Best In Town So Far By Tasty Krafty

Sorry sepatutnya snap photo full 16 pcs..samapai leka makan baru ingat nak snap...

Kali ini saya hendak cerita tentang layered cupcakes...Di rumah ini kami semua 'hantu' kek espcially my wife, Naufal & myself...Yummy..Masa dulu dulu kalau nak beli kek yang 'sedap' mesti pi Secret Recipes..Mahal tapi berbaloi...Tapi atas faktor faktor tertentu kami sekeluarga mencari alternatif dari segi jenis kek, quality, rasa dan semestinya harga yang berpatutan...Disebabkan baru baru ini blog sharinginfoz.blogspot.com ada cerita pengalaman cupcakes di Wondermilk so tertiba terliur cupcakes...
Seperti diketahui isteri yang memang suka meng'google' atau ber'fb' menjumpai apa yang dikatakan 'permata', Tasty Krafty.

You all boleh refer kat fb dia www.facebook.com/TastyKrafty.. Owner is my wife's friend...Tasty Krafty ni speciality dia is Red Velvet Cake..Red Velvet paling banyak di'order' & paling disukai oleh customer2nya..Saya yang telah merasainya memang mengakui kesedapan & keenakan Red Velvet Tasty Krafty..Banyak lak mengomel kalau ada gambar lagi syok kan..Like Orang Putih cakap " One picture shows thousand meanings"...betui ka apa pepatah nie..I akan ceritakan pasal layered cupcake walaupun sebenarnya ada pelbagai kek lain di Tasty Krafty

So i will show u the layered cupcakes yang i order & makan baru baru ni dari Tasty Krafty..

Walnut Cheezy Carrot memang meletops u all...My fav at this moment..Red Velvet 2nd..hehehe
Red Velvet Different Design
Cheezy blueberry..masa 1st time order ngan Tasty Krafty this was my 1st preference but now my  one is Walnut Cheezy  Carrot..

One of the Best Red Velvet i pernah makan...


What i like Tasty Krafty cupcakes ialah quality rupa & rasa yang sememangnya terbaik... Tapi yang paling best ialah harga yang sangat sangat berpatutan as we compare dengan cupcake Wondermilk atau di premis premis lain jauh lebih murah atau berbaloi...Kalau u all nak tahu berapa harganya bole rujuk atau terus ke www.facebook.com/TastyKrafty..Di sini ada boleh melihat bukan sekadar layered cupcakes tetapi pelbagai jenis kek seperti Red Velvet, Blueberry Cotton Cheese,Tiramisu ( next order kot ), dan pelbagai jenis..
Anda juga boleh juga order customise cake especially untuk birthday for kids atau apa apa events atau acara.. atau occasions..semuanya ada di sini...

Delivery secara percuma juga disediakan (bergantung kepada kawasan ) seperti yang dinyatakan. Caj tambahan akan dikenakan untuk kawasan kawasan lain bergantung kepada syarat..

So kawan kawan yang suka kek dan sebagainya bolehlah menjamu mata dan men'order' dari Tasty Krafty yeh..Motto Tasty Krafty " Love At Your 1st Bite "










Sunday, 9 June 2013

Taman Tasik Perdana Menggamit Kenangan Lama..Riadah Bersama Anak Anak

Cuti sekolah yang agak panjang ini kami duk berfikir tempat riadah yang sesuai untuk kanak kanak yang sedang membesar mcm anak anak kami, Naufal, 6 tahun & Iris, 1 tahun lebih..Memang tengah lasak giler mereka nie..tak terlarat pakcik..Terbaca blog mikahaziq.blogspot.com tercetus idea nak singgah semula ke Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. So apa lagi kami  pun bertolak di petang Sabtu sebelum Asar untuk mengelakkan kesesakan yang dijangka terutama ketika cuti sekolah ini...Ini lokasi untuk mereka yang jarang atau tidak pernah ke sini.

Lokasinya

Memang banyak perubahan setelah beberapa lama tak singgah di Taman Tasik Perdana ini..Masa bujang dulu selalu gak ke sini...Lebih cantik, lebih menarik, lebih permainan menarik untuk kanak kanak ( just kanak kanak okay )..Keadaan landskap lebih tersusun dengan pokok2 dan bunga2an yang cantik dan menyegarkan pemandangan mata.Tempat ini memang sesuai untuk riadah sekeluarga juga untuk bersenam menyihatkan badan..Taman ini juga menjadi lokasi semulajadi untuk mereka yang baru berkahwin untuk memahatkan atau menjalankan sessi photography..Aku terserempak dekat 5 pasangan pengantin ketika singgah di sini...Tempat ini memang cun...

Mama & Iris

Papa & Iris

Taman Permainan Kanak kanak

Bertema Dinasour

Memang syok!!!Child Dream

Iris 'lupa diri' sat

Iris & Gang

Pokok yang berbentuk dinosaur..T Rex

Lagi pokok pokok berbentuk dinasour..

Iris happily under the mushroom

Pok!Pok!Amai!Amai! IRIS

Seronoknya anak papa...

Big T Rex above the Kids...

" Papa, Iris so scare with the dinosaur"

Yehooo....Naik  buaian lak anak dara papa nie

Iris berkeras nak main sampai puas..taknak gerak..

Ini my family sebelum naik Tram..Perkhidmatan Tram ni dekat Taman Permainan Bertema Dinasour tadi Stesen Menunggu dia..Sekali dalam 15 min aku rasa..Satu tiket RM1 saja..dia akan mengelilingi Taman Tasik yang ambil masa dalam 15 minit..memang menarik..aku bayar RM2 je...

Naufal seronok naik Tram But Iris Nampak Boring...

Abg driver yang baik hati..Tq Bro!!

Tram melalui depan Masjid Negara


Tram lalu depan Muzium Keseniaan Islam

Perkidmatan Tram ini boleh dinaiki berdekatan Taman Permainan Bertema Dinosaur tu sahaja sebab dia tak berhenti di tempat lain. Dia akan mengelilingi taman sambil melalui Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung, Memorial Tun Abdul Razak dan semua tempat menarik yang terdapat di taman ini. Harga tiket RM1 sahaja.
Gambar gambar di atas yang sempat aku snap..Actually banyak lagi tempat menarik boleh dikunjungi di sini seperti Planaterium Negara & Muzium Negara...Taman Permainan di sini memang banyak sangat, mencabar & tidak membosankan..Satu je yang kurang iaitu tempat meletak kereta terhad so ramai akan park di bahu bahu jalan terutama hujung minggu atau time cuti sekolah hinggakan di tempat kami parkin berhampiran Kelab Diraja tu jem..Jalan 2 hala jadi sehala..amik ko!!! Pandai  pandailah u all cari parkin lot..Jumpa lagi..