LIFE & LOVE Is Beautiful.. Super Life, Super Travel, Super Food, Super Place..Super REZAN
Friday, 26 July 2013
Zakat Fitrah 2013
Alhamdulillah selepas solat Jummat tadi sempat melaksanankan kewajipan membayar Zakat Fitrah. Syukur sempenan mengambil keberkatan Nuzul Quran. Tinggal sudah lama di Selangor maka bayar dengan Lembaga Zakat Selangor. Kadar Zakat Fitrah Selangor tahun 2013 ini adalah RM 7 satu kepala.
Aku, Isteri & 2 anak berjumlah RM 28..
Berikut adalah kadar Zakat Fitrah bagi negeri negeri seluruh Malaysia 2013 :
Buat semua jangan lupa kewajipan untuk membayar zakat Fitrah. Terdapat golongan golongan yang kurang bernasib baik yang masih ingin meraikan Aidilfitri bersama sama kita. Kita dibolehkan mula membayar fitrah dari mula ramadhan sehingga pagi sebelum mulanya solat sunat Adilfitri. Jika kita membayar selepas solat Aidilfitri maka ia akan menjadi 'sedekah'..
Zakat fitrah adalah Wajib ke atas semua individu sama ada lelaki wanita, orang dewasa atau kanak kanak, merdeka atau hamba, miskin atau kaya, org kampung atau bandar mengikut syarat syarat yang ditetapkan...Jangan lupa semua..Salam Ramadhan...
Saturday, 20 July 2013
Harga Ayam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan..
Sejak memasuki bulan Ramadhan ini entry yang pertama disebabkan kesibukan & ketiadaan idea yang melampau..Maka nak dijadikan cerita mengenai harga ayam yang naik mendadak sejak kebelakangan ini..Sebagai surarumah ( surirumah versi Lelaki ) yang biasa membeli barang dapur di pasar raya memang tidak dinafikan kenaikan yang agak 'melampau' ini sehingga ada yang mencecah rm10 per kg di Kuala Lumpur...mak aiiii!!! aku selalu beli di Aeon Big atau Giant biasanya hujung minggu memang harga ayam lebih murah dari hari biasa..
Biasa pun paling murah leh dapat rm5 per kg ke paling mahal pun tak sampai rm8 per kg pun..
Pelik kenaikan harga ayam ( dan juga barang barang keperluan yang lain ) pasti meningkat bila bulan puasa menjelma & Syawal..Kenapa agaknya ye...Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada kenaikan ini di mana tak dapat aku kongsikan di sini sekarang..agak sensitif untuk dikongsikan..namun
sebagai pengguna diharap kita lebih bijak merancang & membeli..memang tak dinafikan budak budak memang suka makan ayam..kalau tukar lauk lain buat muka tak nak makan so nak buat macam mana kan..ikut jelah...masalahnya aku pun memang hantu ayam...
Keadaan yang kecoh ini KPPDNK telah menggariskan harga ayam mengikut harga siling mulai 26 Julai 2013 hingga 11 Ogos 2013
- Ayam Standard RM 7.70 per Kg
- Ayam Super (bukan SUPERMAN) RM 8.50 per Kg
Setiap tahun perkara yang sama berlaku..Bila time raya atau puasa kenaikan yang pelik berlaku...lepas musim perayaan back to normal...something Fishy or Chicky behind there...Please Gov do something on this as we are consumer face the same problems every single year only in Ramadhan atau Syawal..Chinese New Year takdelah berlaku kan???
Tuesday, 9 July 2013
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Mubarak 1434 H
Syukur Alhamdulillah kita di ketemu kembali dengan bulan yang paling mulia untuk umat Islam, Ramadhan Al Mubarak...Seperti yang diumumkan oleh Pemyimpan Mohor Besar pada Isnin, 8 Julai 2013 telah mengisytiharkan setelah dipersetujui oleh Majlis Raja Raja Melayu bahawa 1 Ramadhan 1434H jatuh pada 10 Julai 2013 , Hari Rabu...
Selamat berpuasa untuk semua..Ramadhan bukan saja untuk kita menahan lapar dan makan dari terbit fajar hingga terbenam matahari namun menghindarkan diri dari segala yang membatalkan puasa, perkara perkara maksiat & tidak baik yang boleh mengurangkan pahala juga keberkatan berpuasa.
Bulan Ramadhan merupakan bulan umat Islam seperti hadis bahawa Ramadhan adalah umat Islam di mana segala amalan yang dilakukan bulan ini mendapat berganda ganjarannya dari Allah swt. 1 amalan wajib bersamaan 70 kali amalan wajib..1 amalan sunat bersamaan 1 amalan wajib..Di bulan yang barakah ini terdapatnya satu malam yang yang lebih baik daripada 1000 bulan yang dinamakan Malam Lailatul Qadar..Seperti ayat Al Quran
" Sesungguhnya telah Kami turunkan Al Quran pada Lailatul Qadar.Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar Itu? Lailatul Qadar itu adalah lebih baik daripada seribu bulan "
Surah Al- Qadr Ayat 1-2
Marilah kita semua merebut peluang yang dikurniakan Allah untuk mengamalkan segala amalan baik di bulan ini.. Semoga semua diberkatiNya...Kita berdoa agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh sempurna..Di samping itu jangan kita lupakan nasib saudara kita di Palestin, Syria, Mesir, Myanmar dan di mana saja.. Semoga Allah memberikan kejayaan di dunia & akhirat...Semoga dipanjangkan umur untukku bertemu denganmu Ya Ramadhan...
Saturday, 6 July 2013
McDonalds Samurai Burger Datang kembali...Yumm..Yumm..
![]() |
Set Samurai Burger |
![]() |
Warrior Comeback...Quarter pound beef patty dipped in teriyaki sauce with special Mayonnaise sauce.. |
![]() |
Burger dibalut wrapping paper... |
Secara umum, memang puas hati bila try Samurai Burger Set nie...Sekali sekala je kan ada..Anda semua boleh refer kat https://mcdelivery.com.my/my/ sebab ada beberapa set istimewa sempena Ramadhan yang bagi aku memang agak menjimatkan berbanding jika dibeli secara biasa..
Set yang aku beli ni pun melalui Mcdelivery atau Penghantaran yang boleh dibuat secara telefon atau online ordering...memang berbaloi-baloi..Enjoy...
Subscribe to:
Posts (Atom)